Sedang sentimen perniagaan merosot di tengah-tengah ketidakpastian global yang berterusan, syarikat-syarikat di Singapura menantikan Belanjawan 2026 untuk mendapatkan sokongan pemerintah yang lebih kukuh.
Antara permintaan utama mereka untuk Belanjawan 2026 adalah skim bagi menangani kos yang meningkat, pembangunan tenaga kerja tempatan dan penambahbaikan kepada aliran tunai.





