Hari ini, 29 November, menjadi penentu bagi parti politik bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, yang dianggap antara yang paling sengit dan mencabar dalam sejarah pilihan raya negeri itu.
PRN Sabah menjadi medan ujian utama bagi pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memandangkan dinamika politik Sabah sering digambarkan sebagai antara yang paling kompleks di Malaysia.





