Kerajaan Johor menyifatkan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) kali ke-17 sebagai satu lagi langkah penting untuk memacu kerjasama rentas sempadan melalui Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ).
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata beliau berkesempatan menghadiri mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur itu, yang turut membincangkan peralihan JMCIM kepada Jawatankuasa Menteri Kerjasama Johor-Singapura (JSCMC)...





