Kerajaan Johor telah menempatkan sekurang-kurangnya enam hingga 10 anggota polis pada waktu sibuk bagi membantu mengawal aliran penumpang dan mengekalkan disiplin barisan di kawasan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar.
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata usaha ini adalah sebahagian langkah berterusan kerajaan negeri untuk memastikan pengalaman keluar masuk CIQ...





