Menerusi tayangan klip video dalam kelas pengajian Islam beliau, pelajar Andalus Muhammad Aidan Yusuf Mohammad Shah Ronny, 12 tahun, semakin tertarik mendalami kisah peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah dan tamadun Islam.
Minat itu bertambah apabila gurunya mengadakan kuiz interaktif, menjadikan pembelajaran sejarah Islam lebih menarik. Hasil daripada sesi pembelajaran tersebut, pelajar Kelas Bimbingan Kanak-Kanak 5 (KBK5) itu terdorong mencari maklumat lanjut...





