Polis Johor menumpaskan satu sindiket penipuan seks dan pemerasan dalam talian selepas melancarkan beberapa siri serbuan di Kulai, Johor Bahru Selatan dan Johor Bahru Utara antara 20 Jun hingga 1 Julai.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata satu operasi bersepadu telah dijalankan oleh Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Ibu Pejabat Kontinjen Johor bersama Jabatan Siasatan Jenayah...





