Pembinaan Jambatan Kota Tinggi (Jambatan Bypass FT003 Jalan Johor Bahru-Endau) kini mencapai kemuncak dengan pemasangan Struktur Rangka Keluli Gerbang (Steel Arch Bridge), satu kerja kejuruteraan berskala besar yang menuntut ketelitian dan kepakaran tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata satu kaedah skidding atau penolakan rangka jambatan sepanjang 400 meter itu ke kedudukan akhir...





