Dengan banjir yang semakin memburuk di beberapa negeri di Malaysia, ribuan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meneruskan perjuangan menduduki peperiksaan awam paling penting itu – meskipun ada yang terpaksa meredah banjir dan bergantung kepada pengangkutan lori untuk sampai ke sekolah.
Dalam masa sama, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan pelajar di kawasan terjejas mengikuti sesi pembelajaran dan...





