Rakyat Singapura di Hat Yai “amat digalakkan” agar mendaftar dalam talian dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) bagi mengikuti perkembangan terkini di bandar Thailand yang dilanda banjir.
Terletak di selatan Thailand, Hat Yai dilanda hujan lebat, dengan jumlah taburan hujan mencecah 595 milimeter (mm) antara 19 dengan 22 November.





