Beberapa tiket di bahagian penyokong tuan rumah di Stadium Bishan didapati telah dibeli oleh penyokong Persib Bandung, kelab dari Indonesia, menurut Lion City Sailors menjelang perlawanan Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) pada 26 November.
Menurut hantaran Instagram mereka pada 21 November, Sailors telah memaklumkan, pihak kelab sedang memantau perkara itu dan berharap semua penyokong dapat mematuhi peraturan yang...





