Yayasan Mendaki akan menempatkan 13 pegawai perhubungan atau liaison officer di serata negara untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada keluarga Melayu/Islam.
Sebagai permulaan, pegawai sepenuh masa itu akan dikerahkan ke 13 daripada 18 GRC, iaitu Marsiling-Yew Tee, Nee Soon, Sembawang, Tampines, Pasir Ris-Changi, Sengkang, Chua Chu Kang, Jurong East-Bukit Batok, West Coast-Jurong West, Marine Parade-Braddell Heights, East Coast, Jalan Besar dan...





