Kerajaan Johor melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Johor terus memperkukuh keupayaan eksport koperasi ke pasaran antarabangsa, khususnya Singapura yang kini muncul sebagai destinasi utama permintaan bagi produk makanan, minuman dan barangan keperluan harian keluaran koperasi tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Encik Mohd Hairi Mad Shah, memaklumkan bahawa pelbagai usaha strategik telah digerakkan untuk...





