Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik David Neo, mengakui beliau “mungkin sepatutnya lebih beradab” selepas dirakam menggelar pemain dan penyokong pasukan Hong Kong sebagai bodoh (idiot), menyusuli perlawanan kelayakan Piala Asia antara Singapura dengan Hong Kong pada 18 November.
Selepas kemenangan bersejarah 2-1 di Stadium Kai Tak, yang membolehkan pasukan Singa mara ke Piala Asia buat kali pertama sejak...





