Pada 3 November, Institusi Jurutera Singapura (IES) menyampaikan anugerah biasiswa kepada para pelajar bidang kejuruteraan yang layak, selaras dengan misi memupuk generasi bakat kejuruteraan. Lapan biasiswa disampaikan pada majlis makan malam IES di Hotel Fairmont Singapore. Berita Harian (BH) mewawancara dua penerimanya, Encik Ahmad Danish Johan, penerima sulung Anugerah Biasiswa IES; dan Cik Ayumi Erraziqa, penerima Biasiswa IES-Yayasan Mendaki. Ikuti...





