Tempahan tiket bagi pameran baru yang membolehkan pengunjung mengetahui lebih mendalam tentang perjalanan Singapura menuju kemerdekaan dibuka pada 18 November.
Pameran tetap tersebut, yang berjudul ‘Fail Albatross: Kemerdekaan Singapura yang Bukan Rahsia Lagi (The Albatross File: Singapore’s Independence Declassified), dibuka pula kepada orang ramai di tingkat 10 Bangunan Perpustakaan Negara, yang terletak di Victoria Street, mulai 8 Disember.





