BRAZIL: Pemimpin dunia berhimpun dari 10 November hingga 21 November di Belem, Brazil, di pinggir hutan Amazon, bagi menghadiri rundingan iklim tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Persidangan Perubahan Iklim ke-30 (COP30). Namun suasananya dirasakan janggal. Senarai kehadiran kali ini jauh lebih tipis berbanding tahun-tahun sebelumnya.
China, Russia dan Jepun tidak hadir. Begitu juga Australia, Indonesia dan Turkey. Namun ketiadaan yang...





