BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan beberapa anggota kabinetnya menegaskan sekali lagi mereka menolak penubuhan sebuah negara Palestin, hanya sehari sebelum Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengundi resolusi baru mengenai pelan damai Gaza yang disokong Amerika Syarikat.
Resolusi itu bertujuan mengukuhkan perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui Israel dan Hamas hasil usaha Presiden Amerika Syarika, Donald Trump, selain memberi...





