Apa yang bermula sebagai misi peribadi Cik Saridah Sapiei untuk memperkukuhkan rohani seakan melentur hasrat dan tujuan buat ibu empat anak berusia 65 tahun itu, tatkala beliau meniti usia senja.
Sukarelawan Masjid Darul Makmur itu berkongsi betapa sebahagian besar hayatnya atau lebih 30 tahun diperuntukkan untuk khidmat sebagai guru sekolah rendah sehinggalah terdetik keinginan untuk memperkukuhkan rohaninya apabila beliau menghampiri...





