Puteri Anne daripada Britain telah bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam di Istana pada 12 November, dan membincangkan isu berkaitan kemampanan, biodiversiti, pendidikan serta pembangunan kemahiran semasa pertemuan itu.
Mereka juga mengesahkan hubungan terjalin lama dan pelbagai bentuk antara Singapura dengan Britain, termasuk hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 13 November.





