Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, meluahkan kebimbangan serius terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka memuncak apabila projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura, beroperasi sepenuhnya menjelang 2027.
Beliau berkata sehingga kini tiada pelan menyeluruh disediakan untuk menangani peningkatan trafik di sekitar Bukit Chagar, termasuk cadangan pembangunan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat atau alternatif...





