KUANTAN (Pahang): Kerajaan Pahang menggesa syarikat telekomunikasi supaya lebih serius dan proaktif menyelesaikan isu gangguan capaian rangkaian yang berlaku di beberapa kampung dalam daerah Raub.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Encik Fadzli Mohamad Kamal, berkata gangguan talian komunikasi di Kampung Pamah Kulat, Kampung Pamah Rawas dan Kampung Peruas telah menyusahkan penduduk kampung, peniaga...





