KUANTAN (Pahang): Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menahan ketua dan tujuh pengikut kumpulan, Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi, kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan ajaran sesat.
Pengarahnya, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, berkata mereka ditahan hasil serbuan di bekas gudang perabot yang dijadikan tempat tinggal di Kampung Sungai Putat, di Pulau Tawar, Jerantut, pada 2.30 petang November 7.





