Untuk kekal sebagai lokasi pilihan bagi perniagaan berkembang dan melabur, Singapura mesti memastikan sistem cukainya dikemas kini, responsif terhadap keperluan industri, dan sejajar dengan perkembangan sejagat, kata Menteri Negara Kanan (Kewangan), Encik Jeffrey Siow.
Membentangkan Rang Undang-Undang Kewangan (Cukai Pendapatan) di Parlimen pada 6 November, Encik Siow berkata sebahagian besar pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang itu akan membantu menangani...





