ISTANBUL: Ketua Agensi Perisikan Turkey (MIT), Encik Ibrahim Kalin, mengadakan pertemuan dengan ketua pasukan perunding Hamas, Encik Khalil al-Hayya, di Istanbul pada 5 November bagi membincangkan pelaksanaan fasa seterusnya dalam pelan gencatan senjata Gaza, menurut sumber keselamatan Turkey.
Pertemuan itu turut membincangkan langkah-langkah untuk memastikan pelaksanaan gencatan senjata berjalan lancar serta kaedah mengatasi masalah yang timbul dalam tempoh pelaksanaan perjanjian...





