KHARTOUM (Sudan): Lebih 81,000 orang telah melarikan diri daripada bandar El-Fasher dan kampung-kampung berdekatan di negeri Darfur Utara Sudan sejak 26 Oktober akibat pertempuran dan pergolakan berterusan, kata Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada 5 November.
Dalam satu kenyataan, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu berkata penjejakan perpindahan penduduknya menganggarkan 81,817 orang telah kehilangan tempat tinggal di El-Fasher dan kawasan sekitarnya.





