Mangsa bahaya dalam talian boleh menghantar laporan kepada Suruhanjaya Keselamatan Dalam Talian (OSC) sekiranya platform dalam talian gagal bertindak terhadap tuntutan mangsa dalam tempoh 24 jam, kata Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.
Beliau berkata platform dalam talian, seperti Facebook atau Instagram, kekal menjadi saluran utama bagi menyelesaikan sebarang tuntutan terhadap kandungan keterlaluan yang telah...





