Sebuah kebakaran yang melibatkan penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD) berlaku di Yishun pada awal pagi 5 November, mengakibatkan sekitar 40 penduduk daripada blok terjejas dipindahkan, manakala empat lagi dibawa ke hospital.
Kebakaran itu berlaku kurang empat jam selepas kejadian serupa melibatkan alat bantuan mobiliti peribadi (PMA) di sebuah blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Ang Mo Kio Avenue 4...





