Enam belas usahawan muda tampil mengetengahkan idea perniagaan mereka semasa majlis penutupan Program Perniagaan Mikro Maybank myimpact (MMMP) 2025 yang berlangsung pada 1 November, bagi merebut peluang menerima dana permulaan serta bimbingan mentor untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Anjuran bersama Maybank Singapura dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), daya usaha itu bertujuan memperkasa penerima zakat dan individu daripada keluarga...





