Singapura telah memeterai perjanjian dengan Vietnam bagi menyokong pengaliran bekalan beras ke negara ini.
Perjanjian tersebut ditandatangani Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, serta Menteri Perdagangan dan Perindustrian Vietnam, Encik Nguyen Hong Dien, di luar mesyuarat pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Gyeongju, Korea Selatan, pada 30 Oktober.





