BANGKOK: Thailand menyatakan kesediaan untuk memulangkan 18 tahanan perang (POW) Kemboja, namun menegaskan bahawa langkah itu hanya akan dilakukan jika Phnom Penh menunjukkan kerjasama yang ikhlas dan jelas dalam melaksanakan empat langkah keselamatan yang telah dipersetujui kedua-dua negara.
Jurucakap Tentera Darat Diraja Thailand, Mejar Jeneral Winthai Suwaree berkata keputusan Bangkok mengenai pembebasan tahanan berkenaan akan dibuat berasaskan undang-undang antarabangsa dan...





