RIYADH: Projek mega NEOM bernilai AS$500 bilion ($647 bilion) di Arab Saudi terus menarik perhatian dunia sebagai eksperimen pembangunan bandar futuristik paling berani dan bercita-cita tinggi pada abad ini.
Teras utamanya, The Line, dipromosikan sebagai sebuah bandar linear sepanjang 170 kilometer yang bebas karbon, tanpa kereta dan tanpa jalan raya – lambang cita-cita kerajaan untuk mentakrif semula cara kehidupan manusia...





