Lebih banyak asatizah, masjid dan badan Melayu/Islam (MMO) kini terlibat dalam usaha pencegahan dadah serta pemulihan bekas pesalah, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Berucap di Forum Rangkaian Pemulihan Badan Melayu/Islam (MMORN) 2025 pada 25 Oktober di ibu pejabat Perkhidmatan Penjara Singapura, Dr Faishal berkata peningkatan penyertaan golongan asatizah, masjid dan MMO...





