Anak kepada Seniman Negara Ketujuh Malaysia, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab, iaitu Nasir Khan, 63 tahun, meluahkan rasa syukur kerana dapat menunaikan permintaan terakhir arwah bapanya untuk menerbitkan buku muzik berjudul, Sentuhan Emas Tan Sri Ahmad Nawab.
Biarpun teruja apabila impian itu akhirnya menjadi kenyataan, Nasir tidak menafikan turut berasa sebak kerana bapanya tidak sempat melihat hasil karya yang menghimpunkan...





