Pengasas Sea, Encik Forrest Li, memberitahu pekerjanya bahawa permodalan pasaran bernilai satu trilion dolar – peningkatan sebanyak sekitar 10 kali ganda – boleh tercapai apabila peneraju e-dagang Asia Tenggara itu menyertai syarikat teknologi sejagat lain yang giat menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk pertumbuhan.
Dalam memo kepada kakitangan pada 20 Oktober, Encik Li membandingkan pertumbuhan pesat AI dengan revolusi komputer peribadi...





