Penduduk di Toa Payoh kini boleh melakukan perjalanan melangkaui estet perumahan mereka dengan lebih mudah, selamat dan mampan dengan siapnya laluan untuk berbasikal sepanjang lebih 10 kilometer (km).
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan pada 18 Oktober berkata laluan berbasikal itu, yang menjangkau sekitar 10.8 km, meningkatkan ketersambungan bukan sahaja ke stesen MRT di sekitar Toa Payoh, seperti Braddell...





