Kerajaan Johor komited memastikan sistem kesihatan negeri itu menjadi lebih cepat, cekap dan mesra rakyat menerusi pelaksanaan Smart Queue System (SQS) di klinik pakar Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang sedang diperluas ke seluruh negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata SQS merupakan inisiatif pendigitalan yang dibiayai Kerajaan Negeri Johor dengan peruntukan RM1 juta ($306,972)...





