BANDAR GAZA: Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam, pada malam 15 Oktober mengumumkan mereka telah menyerahkan semua mayat tebusan Israel yang dapat ditemui tanpa bantuan peralatan tambahan, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa gencatan senjata di Jaluran Gaza mungkin terjejas.
Dalam satu kenyataan rasmi, kumpulan itu berkata mereka telah mematuhi sepenuhnya perjanjian yang dipersetujui, termasuk penyerahan semua tebusan yang masih hidup serta...





