WASHINGTON/GAZA: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengumumkan bahawa “fasa kedua” pelan gencatan senjata antara Israel dengan Gaza bermula serta-merta, namun menegaskan tugas belum selesai selagi semua mayat tebusan belum dipulangkan.
Dalam kenyataan di wadah Truth Social, Encik Trump menulis: “Satu beban besar telah diangkat, tetapi tugas BELUM SELESAI. MAYAT BELUM DIKEMBALIKAN, SEPERTI YANG DIJANJIKAN!”





