Berazam membantu lebih ramai anggota masyarakat Melayu/Islam menjalani gaya hidup aktif dan sihat, sukarelawan muda, Encik Muhd Iylia Mohd Shukor, 30 tahun, giat menganjurkan pelbagai kegiatan cergas bagi masyarakat setempat.
Beliau giat dalam pertubuhan seperti Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Marine Parade (MAEC) dan Persatuan Rakyat (PA MESRA) serta mengetuai penganjuran Fiesta Kesihatan dan Keluarga Kelompok Marine Parade 2024 bagi...





