Menggesa rakyat Singapura untuk mengundi parti politik dan calon mengikut kaum dan agama adalah perbuatan yang tidak mengambil kira kesan yang akan timbul dan boleh menjadi kebiasaan berbahaya, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik K. Shanmugam.
Encik Shanmugam, yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri, berkata jika amalan sedemikian berlaku di Singapura, kumpulan agama dan kaum majoriti akan mendapat kehendak...





