KUALA LUMPUR: Penyelidik dan profesor daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur, Profesor Dr Norazah Mohd Suki, mencipta sejarah sebagai wanita pertama Malaysia tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis terbaik dunia selama tujuh tahun berturut-turut dari 2019 hingga 2025.
Senarai berprestij itu diterbitkan oleh Universiti Stanford dan penerbit akademik, Elsevier, yang menilai lebih 9 juta penyelidik dari seluruh dunia,...





