Pasukan ketenteraan Malaysia dan China akan melaksanakan latihan Aman Youyi bagi tahun 2025 pada Oktober ini, bertujuan meningkatkan kebolehoperasian dan kesiapsiagaan dalam operasi kededua skuad pertahanan itu.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyataan pada 13 Oktober, berkata ATM melalui Markas Angkatan Bersama akan melaksanakan Latihan Aman Youyi 2025 bersama Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China, bermula 15 hingga 23 Oktober...





