JOHOR BAHRU: Kawasan Little India di sini dijangka menjadi tarikan pelancongan utama sebaik sahaja projek Transit Laju Johor Bahru-Singapura (RTS Link) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi pada 1 Januari 2027, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata pelaksanaan projek RTS bersama pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan mengubah landskap Johor Bahru dan memperkukuh...





