Kesemua lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) akan meningkatkan usaha untuk menyokong penduduk yang mencari pekerjaan serta menggalak semangat kesukarelawanan dalam masyarakat.
CDC akan memperkukuh peranan mereka dalam membantu membina masyarakat yang lebih inklusif dan bersatu, terutamanya dalam dua bidang tersebut, kata Timbalan Pengerusi Persatuan Rakyat (PA), Encik Edwin Tong, yang juga Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, semasa...





