Penganjur acara Maraton Standard Chartered Singapura (SCSM) telah membuat perubahan pada laluan penuh maraton 2025, termasuk meniadakan laluan berbukit di Sheares Avenue dan West Coast Highway, menyusuli maklum balas daripada para peserta.
Pihak penganjur mengumumkan penyesuaian itu pada 8 Oktober, berserta laluan untuk acara 6 dan 7 Disember, sebagai respons terhadap kebimbangan yang dikemukakan semasa SCSM 2024.





