Peningkatan hubungan dua hala Singapura dan Australia bukan hanya akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara itu, namun juga dapat membantu mengukuhkan kerjasama pelbagai hala dengan lebih meluas, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 8 Oktober.
Hubungan antara kedua-dua negara itu dibawa ke peringkat seterusnya dengan pelancaran Perkongsian Strategik Menyeluruh (CSP) 2.0, satu langkah dipertingkat daripada CSP yang kali pertama...





