KUALA LUMPUR: Ketibaan pelancong asing ke Malaysia meningkat 14.5 peratus berbanding 2024, demikian menurut Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac).
Seramai 28.24 juta pelancong melawat Malaysia dari Januari 2025 hingga Ogos 2025, berbanding 24.66 juta dalam tempoh sama pada 2024.





