PANGKALPINANG: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menegaskan komitmen pemerintah untuk membanteras kegiatan perlombongan dan penyeludupan timah secara haram ketika menyaksikan penyerahan aset rampasan kepada syarikat milik negara, PT Timah, pada 7 Oktober.
Dalam lawatan ke bandar Pangkalpinang di Pulau Bangka pusat industri timah Indonesia, Encik Prabowo menyaksikan secara langsung penyerahan pelbagai aset bernilai tinggi yang dirampas selepas beberapa eksekutif syarikat timah...





