Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) akan meluaskan Biasiswa Possiswazah yang ditawarkan bagi terus memupuk kepakaran dalam bidang seperti penglibatan belia, gerontologi (pengajian penuaan), penjagaan paliatif, khidmat kerohanian serta penjagaan pastoral.
Pendaftaran bagi biasiswa tersebut akan dibuka pada Mei 2026, umum Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, pada 4 Oktober.





