BATU PAHAT: Kira-kira 56 rumah dilaporkan rosak akibat ribut dan angin kencang yang melanda beberapa daerah di Johor pada 2 Oktober, menyaksikan Batu Pahat mencatat jumlah kerosakan tertinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata kejadian menyebabkan kerosakan harta benda, terutama bumbung rumah selain gerai makanan yang turut rosak.





